Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badai in


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Badai ribut melanda bumi, Banyak pohon patah dan tumbang; Andai tercabut cinta ke hati, Turun-temurun ku sumpahi abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hampalah padi ditiup badai, Rasanya letih sendi anggota; Hampalah hati hidup meradai, Kerana kekasih jauh di mata. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sifat jantan gagah berani, Tiada takut melawan badai; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana kusut akan selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas