Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badak

Puisi
 

Remuk redam kapal di tanjung,
     Habis pecah diamuk badak;
Rindu dendam sama ditanggung,
     Hendak menangis bukan budak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Badak bukan sebarang badak, Badak bercula hujungnya runcing; Palakku bukan sebarang palak, Palak kerana abang berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa dipotong kaki badak, Badak melompat ke tanah tumbuh; Apa untungnya berlaki budak, Budak dapat disuruh-suruh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama badak memakai baju, Payahlah orang mencari kemeja; Selama budak bercerai susu, Ayahnya datang menggantikannya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana badak takkan melolong, Hendak berteduh ditusuk duri; Bagaimana awak takkan tersinggung, Awak lumpuh diajak berlari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana badak takkan menangis, Dipijak lembu berpuluh kali; Bagaimana awak takkan menangis, Awak bisu disuruh menyanyi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana kayu dilanda badak, Banyaklah kijang mengumpat marah; Kerana penghulu gila bertandak, Banyaklah orang tak dapat nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas