Badak bukan sebarang badak, Badak bercula hujungnya runcing; Palakku bukan sebarang palak, Palak kerana abang berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa dipotong kaki badak, Badak melompat ke tanah tumbuh; Apa untungnya berlaki budak, Budak dapat disuruh-suruh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama badak memakai baju, Payahlah orang mencari kemeja; Selama budak bercerai susu, Ayahnya datang menggantikannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana badak takkan melolong, Hendak berteduh ditusuk duri; Bagaimana awak takkan tersinggung, Awak lumpuh diajak berlari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana badak takkan menangis, Dipijak lembu berpuluh kali; Bagaimana awak takkan menangis, Awak bisu disuruh menyanyi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kerana kayu dilanda badak, Banyaklah kijang mengumpat marah; Kerana penghulu gila bertandak, Banyaklah orang tak dapat nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |