Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tinggi gunung si Karamayan, Kulihat kapal jauh berlabuh; Menangis badan kesunyian, Air mata tiada teduh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kemana lagi ikan berenang, Air yang jernih menjadi keruh; Ke mana lagi badan menumpang, Kekasih hati dah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |