Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Disandarlah batang tabungku,
     Batang katir berduri-duri;
Didengar akan bunyi pantunku,
     Tidak terfikir badan sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengukur baju di badan sendiri.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).

 

Lihat selanjutnya...(9)

131

Strech your arm no further than your slave will reach

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Ukur baju di badan sendiri

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and strech your arm no further than your slave will reach .

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Ukir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Disandarlah batang tabungku, Batang katir berduri-duri; Didengar akan bunyi pantunku, Tidak terfikir badan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putus benang kain berinda, Meneruskan ke Padang Puri; Putus gendangnya dipukul cinta, Nyawa terikut badan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Asam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas