Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badannya

Puisi
 

Ayam hitam ayam didik,
     Petang-petang masuk kampung;
Tubuh hitam badannya kecil,
     Tinggal pengukur mayang nibung.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang kak udang badannya bongkok, Hendak ke tengah terasa malu; Terbuanglah bujang menjadi lapuk, Hendak menikah orang tak mau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kayu dimakan bubuk, Banyak semut berperut buncit; Kawan bisu badannya gemuk, Campak ke laut tiada bergarit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh beruntung membeli kukus, Makanan dikukus rasanya lazat; Sungguh beruntung berlaki kurus, Badannya kurus mudah diangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau mudik ke Tanjung Batu, Lapis-berlapis daun pandanya; Kalau adik berkata begitu, Berapa lapis dinding badannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas