Bagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Bagaimana punai melayang, Dari sawah memotong padi; Bagaimana berkasih sayang, Dari mata sampai ke hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana menghibur hati, Siang dihibur malam teringat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana Bengkulu begitu Semarang, Orang Aceh dilanda Tsunami; Bagaimana dulu begitu sekarang, Kasih berkasih tetap bersemi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bagaimana benang takkan putus, Kerana selalu disentak tarik; Bagaimana orang tidak merentus, Kerana bertemu awak mengusik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana benang takkan kusut, Bila dibiarkan berjela-jela; Bagaimana orang tak merungut, Bila dituakan awak mencela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |