Limpata batang limpata, Kayu ara rimbun di bukit; Bagi abang sungguhlah nyata, Bagi kami lindungi sedikit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan bagi perisa, Percik daging kuda; Jangan putus asa, Adik masih muda. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pantang sekali berbelah bagi, Esa hilang dua terbilang; Pantang sekali merosak budi, Dosa dibuang pahala ditunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu berhati bulat, Pantang sekali berbelah bagi; Sifat Melayu membenci maksiat, Pantang sekali merosak budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Patuh tidak berbelah bagi; Adat tegak tuahnya nampak, Senonoh akhlak sempurna budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Sebandi tanjung berlipat, Tempat orang bertanam padi; Panjanglah lampe bagi disifat, Di situlah tempat sebela mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |