Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rasa nak nangguk rasanya tidak, Hilir rakit airlah bah; Rasa nak masuk rasanya tidak, Takutlah tidur adik berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |