Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |