Kain batik sama sujinya, Dalam sumbu tali belati; Orang baik budi bahasanya, Diingat juga sampai mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Yang remah ada lekatnya, Yang bulan ada cahayanya; Yang rumah ada adatnya, Yang tepian ada bahasanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah rambai dalam padi, Lazat pula cita rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Sarat dengan budi bahasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |