Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tegak adat rakyat pun damai, Pemimpin tegak bersanding bahu; Rosak adat rakyat berkecai, Pemimpin bengak rakyat berseteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Perahu Arab berjaja malau, Singgah ke Daik membeli Iada; Bahu berkurap dada berpanau, Nasibnya baik berlaki buta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Cik Minah pergi ke hutan, Tuala merah lekat di bahu; Merah sungguh rambutan, Durian juga membawa bau.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas