Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai.du.ri] | بايدوري

Definisi : sj batu permata yg terdapat dlm pelbagai warna atau tanpa warna, sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dlm batu igneus atau kawasan kolam air panas, opal; ~ bulan baiduri yg agak gelap warnanya; ~ pandan baiduri yg hijau warnanya; ~ sepah baiduri yg mempunyai ukiran akar atau kayu; ~ Yaman baiduri yg kuning warnanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bai.du.ri] | بايدوري

Definisi : sj batu permata yg berwarna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baiduri

Puisi
 

Cincin perak permata baiduri,
     Selang dengan intan berlian;
Kain kasar dalam duri,
     Takut koyak tarik perlahan.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Intan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Di sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan duri Kuala Johor, Jual anak di Tanjung Surat; Intan baiduri nama masyhur, Sungguh kecil timbang berat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hendak mandi paip berkunci, Turun ke sungai air pun masin; Satu intan satu baiduri, Di mana boleh dipakai cincin?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas