Naik bukan sebarang naik, Naik haji ke tanah suci; Baik bukan sebarang baik, Baik hati semua memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik-baik memanggang ikan, Salah-salah menjadi arang; Baik-baik abang berjalan, Salah langkah hati bercabang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik berjaja ikan, Ikan lepas kita merugi; Baik-baik menjaga iman, Iman lepas binasa hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |