Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baju Melayu berbelah leher, Teluk belanga disebut orang; Baru bertemu sudah menyindir, Eloklah hamba balik belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang disebut baju tersingkap, Baju terbuka nampaklah pusat; Orang tak takut pergi menyelap, Memburu betina sepepak tempat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kaluk paku kaluk berduri, Duri mencabik-baik baju; Elok baju orang tak iri, Iri menengok baik laku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jahit baju hendak panggilan, Pakai baju berbunga dadu; Pahit hempedu sanggup kutelan, Inikan oula hempedu madu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sapu tangan sayang, penyapu tangan, Pakai baju kasa, lah baju kasa, Pesan ibu jangan, bercinta jangan, Nanti badan binasa, lah rusak binasa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Awas-awas menebang kayu, Salah tebang kayu menimpa; Awas-awas memasang baju, Salah pasang baju terbuka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kampung Bandarsah baru, Kampung baru, Ketiga dengan Mataim, Kampung Mataim, Biar basah baju, kain dan baju, Kami tidak lain, mencari lain. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |