| Kain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang; Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Elok kain kerana bajunya, Elok baju kerana bertekat; Elok pemimpin kerana lakunya, Elok laku kerana beradat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Batik beragi dibuat baju, Bajunya tahan berbasah kering; Adik berjanji taat menunggu, Baru sebulan sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Apa guna berpakaian batik, Kalau bajunya bercorak hitam; Apa guna berwajah cantik, Kalau hatinya tidak tenteram. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Kalau niat berkain pelekat, Siapkan kopiah dengan bajunya; Kalau niat memimpin rakyat Bersikap ramah jangan aniaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apa guna membeli kain, Bila tidak ada bajunya; Apa guna berjanji kahwin, Bila tidak ada jodohnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang disebut berkain baju, Kain dipakai dengan bajunya; Orang berebut menjadi hantu, Kahwin cerai tak ada malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Untuk apa berkain cita, Kalau tidak ada bajunya; Untuk apa bermain cinta, Kalau tidak ada jodohnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Nasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Dayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |