Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ke rawa bermain genta, Sampai meraih-raih canang; Senyawa sebadanlah kita, Bak sirih berjunjung pinang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kepiat lampam ke dinding, Dia makan bunga padi; Adik duduk sanggul berdendang, Bak bunga kembang pagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain batik merah mirap, Palembang anak Raja Bayang; Nampak adik darah tersirap, Badan bak rasa bayang-bayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |