Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keluarga (yg menurunkan), asal keturunan (ayah dll); 2. benih (haiwan atau tumbuhan); membuang ~ menyimpang drpd sifatnya (asalnya) yg turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dll); saka ~ (keluarga) yg menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;pembakaan perihal memperkembang baka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baka I

Peribahasa

Bapa burik anaknya tentu rintik.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Naik ke bukit bertanya anjung, Buat tanam pisang baka; Kandar sirih sembilan junjung, Nak meminang anak pusaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas