Balam ini balam tembaga, Balam makan di atas loyang; Malam ini malam celaka, Malam merombak kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan balam sebarang balam, Balam penunggu bukit tiga; Bukan demam sebarang demam, Demam menunggu adik menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan balam sebarang balam, Balam bersangkar emas dan gading; Bukan demam sebarang demam, Demam mendengar abang bersanding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan balam sebarang balam, Balam bersangkar bertali benang; Bukan demam sebarang demam, Demam mendengar adik bertunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Balam tekukur burung di hutan, Asyik berbunyi sepanjang hari; Di dalam tidur aku mimpikan, Adik berjanji datang sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak balam terbang ke sungai, Anak tiung terkantuk-kantuk; Nan menanam nan kan menuai, Nan berlesung nan kan menumbuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang balam mati tercekik, Makan putik buah mengkudu; Siang malam kunanti adik, Badanku letih menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung balam terbang tinggi, Dari Palembang terus ke Langkat; Tidur malam termimpi-mimpi, Duduk siang teringat-ingat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |