Lain balang lain isinya, Isi tumpah semua terbuang; Lain orang lain hatinya, Hati menyalah dihina orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sejak kelalang menjadi balang, Pupuslah talam nan di simpangnya; Sejak belalang menjadi helang, Pupuslah ayam dimakannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang besar tentulah balang, Yang kecil tentulah ranting; Orang benar tentulah menang, Orang jahil tentulah tergiling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam nyiur Kuala Jengka, Bunga bidang dalam balang; Saya mendengar khabar berita, Di sini ada intan berkarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil bertih dari hulu, Isi mari di dalam balang; Bersihkan laman kita dahulu, Baru bersihkan halaman orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ba' Kalalan tanah tinggi, Bawa dgangan di pasar Miri; balang Makat gelaran tertinggi, Gelaran diberi kepada menteri, | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |