Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nang] | بانڠ

Definisi : ark besar (dlm nama benda): duku ~; jolong-jolong ~ = puput ~ sj ikan laut; siput ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banang

Puisi
 

Gunung Saga Gunung Banang,
     Bukit Pengaram kelihatan indah;
Bila terjaga selalu terkenang,
     Hati di dalam semakin gundah.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Gunung Banang tinggi mengawan, Nampak dari Pulau Sialu; Sudah lama hati tertawan, Hendak berkata terasa malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas