Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Terang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Azan tersendar sayup sampai, Disahut orang hulu dan hilir; Badan terkapar jadi bangkai; Janji ku pegang tiada mungkir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Sayang pinang buahnya tinggi, Hendak kuambil tiada sampai; Kupandang abang ketika mandi, Bagaikan buaya menanti bangkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak limau disimpai rotan, Banyaklah macan dimakan tupai; Sejak harimau menjadi sultan, Banyaklah orang nan makan bangkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |