Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : apa-apa yg digunakan utk membantu; pertolongan: Gabenor Melaka pun sangatlah susahnya sebab ~ dr Betawi lambat datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan

Peribahasa

Minta darah pada daing.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.

 

Lihat selanjutnya...(11)

613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak bantuan dibawa MERPATI, Doktor Haryati ketua rombingan; Sukarelawan datang silih berganti, Datang merawat mangsa kemalangan.Pantun Melayu SarawakBudi
Askar berkawal di Kem Sematan, Tempat tahanan ribuan PATI, Bantuan diberi meringankan bebanan, Menghilang sedih pilu di hati.Pantun Melayu SarawakBudi
Lima enam tujuh lapan, Masak lemak ikan tenggiri; Aceh mengharap segala bantuan, Rakyat Malaysia segera memberi.Pantun Melayu SarawakBudi
Patah pelantik dibuat mengkawan, Ambil tempurung pecah ke batu; Entah adik ada bantuan, Dua burung sangkarnya satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kepayang dijemur dibalik-balikkan, Cendawan putih sedap dimakan; Yang buta huruf dicelik-celikkan, Bantuan pelajaran Kerajaan sediakan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Jika berulam buah pedada, Mari duduk di tikar mengkuang; Jika ilmu penuh di dada, Beri bantuan rela menyumbang.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas