Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak kan


Pantun

PantunSumberTema
Banyak bukit perkara bukit, Bukit di mana kan dipanjat; Banyak sakit perkara sakit, Sakit bercinta payah dibuat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak terlanda ke kaki kijang, Banyaklah kandis gugur malam; Sejak janda berlaki kan bujang, Banyak gadis tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang beradat berlaku adil, Menyukat menimbang sesama banyak; Membuang adat laku kan jahil, Umat berperang bangsa pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Siapa ingat menghidupkan api, Tentulah mudah memasak sayur; Siapa ingat hidup kan mati, Tentulah dia banyak bersyukur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa ingat menghidupkan api, Tidakkan payah memasak bekal; Siapa ingat hidup kan mati, Sejak mudanya banyak beramal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau perahu tak ada pedoman, Tidak siang malam kan larat; Kalau berilmu tidak beriman, Banyak orang karam di darat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila musang beranak pinak, Alamat ayam menjadi punah; Apabila orang banyak melagak, Lambat-laun kepala kan pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas