Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila berjalan sama seiring Banyak kerja dapat dibuat; Apabila puan suka menjeling, Sesaklah dada hamba melihat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berangan buah raja, Banyak orang berjaja; Jangan pilih kerja, Kerja apa saja.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tumbuh betung di tepi sumur, Di tepi sumur kera tak nampak; Sungguh untung laki penidur, Laki penidur kerja tak banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bersarlah pasak daripada tiang, Tanda kerja takkan menjadi; Biarpun banyak dinista orang, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dibilang kata disebut adat, Di balik adat banyak maknanya; Sebarang kerja mengikut niat, Baik niat nampak faedahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyak udang Kuala Palembang, Mari dicedok tudung sebiji; Anak orang jangan dibimbang, Satu kerja haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yang disebut berkain buruk, Kainnya buruk gunanya banyak; Orang berebut bermain buruk, Kahwin kemaruk kerja merosak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas