Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Pantun

PantunSumberTema
Asal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawang dibeli di kedai Cina, Cina apek di kedai kopi; Adik ikut barang ke mana, Adik hendak bersama mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Arulah aru ketumbar aru, Aru kering beri berair; Kalaulah tahu bersama tahu, Barang ditahu jangan dilahir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awa-awa kena belatik, Sayang Cik Cepa mudik bergalah; Buat pura dua beradik, Barang siapa menjadikan salah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ati-ati tumbuh di paya, Air tenang di kaki bukit; Sampai hati meninggalkan saya, Tidak mengenang barang sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas