Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang-barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)

301

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Memberi barang kepada tangan kera

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Tidak wajar untuk memberi barang kepada tangan kera. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentin

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Merambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cincin ini dari Yaman, Pakai tangan jari kanan; Barang ini barang makanan, Kalau tak makan rasa kempunan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Biji barang ada bersabut, Sabutnya jangan pula ditelan; Menanti abang nyawa tercabut, Hanyutlah badan dalam kesepian.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah beras barang segantang, Supaya mudah orang bertanak; Hatiku cemas memandang abang, Belum menikah sudah mengelak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sayang palung di atas bukit, Penyimpai mari Hulu Pemarang; Bertiang gantung barang sedikit, Buat bakul menyandang barang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Perahu bukan sebarang-barang, Tiangnya patah diterpa angin; Malunya bukan alang kepalang, Sedang nikah tersimbah kain.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678

Kembali ke atas