Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Pantun

PantunSumberTema
Basah kuyup orang bersampan. Muka pucat badan pun letih; Susah hidup abang tahankan, Mengapa takut memadu kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang di laut, Hujan deras ornbak melanda; Sudah cukup abang menurut, Adik berkeras habislah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang di sawah, Sedari pagi hujan berderai; Sudah cukup abang mengalah, Habis kasih badan bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang di pasar, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah cukup abang bersabar, Mengapa puan masih merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengapa basah jalan ke padang, Kerana hujan terlalu lebat; Mengapa susah fikirkan abang, Kerana puan malu mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Orang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
12345678

Kembali ke atas