Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Katuh basikal berdua-dua, Susuk keris besi waja; Hebih berita tentang Pak Tua, Masuk mahkamah merogol remaja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |