Batu bata jalan tak rata, Bersenang-senang di luar anjung, Kata-mengata antara kita, Kalah menang tiada yang untung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pagi-pagi menyusun bata, Untuk membuat rumah Mak Bidah; Apa lagi hendak dikata, Sudah terhantuk baru tergadah. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ambil buluh buat sumpitan, Hendak menyumpit rumah Cik Bata; Sungguhpun banyak biring tambatan, Ayam togel di laman juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |