Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pantun Melayu kepada ulama, Ulama terpuji lahir dan batin; Senonoh laku mulia nama, Ke mana pergi hidup terjamin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Yang panglima ada sifatnya, Ke mana berjalan membawa sekin; Yang bercinta ada syaratnya, Mahu berkorban zahir dan batin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |