Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati: ia dukacita dlm ~nya; di peringkat itu, ~nya bercanggah lagi; 2. (bkn) jiwa: penyakit ~; 3. tersembunyi, ghaib, tidak kelihatan: pertalian ~;berbatin bercakap (membaca) dlm hati;membatinkan menyembunyikan, merahsiakan;kebatinan 1. perihal batin; 2. = ilmu ~ ilmu batin, tasawuf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kebatinan hal-hal mengenai batin: kerohanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sesuatu mengenai jiwa atau perasaan hati; hal mengenai seseorang yg tidak dpt dilihat: Aku minta maaf lahir dan ~. kebatinan hal-hal mengenai batin: kerohanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batin I

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pantun Melayu kepada ulama, Ulama terpuji lahir dan batin; Senonoh laku mulia nama, Ke mana pergi hidup terjamin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yang panglima ada sifatnya, Ke mana berjalan membawa sekin; Yang bercinta ada syaratnya, Mahu berkorban zahir dan batin.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas