Hijau keduduk di tanah paya, Hijau kelalap di tanah rendah; Kalau duduk di bawah-bawah, Kalau bercakap merendah-rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan menetak rumpun bawah, Rumpun bawah ada uratnya; Jangan menolak aduan orang, Aduan orang ada niatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |