Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yam] | بايم

Definisi : sj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur; ~ duri sj tumbuhan (herba), Amaranthus spinosus; ~ putih sj tumbuhan (herba), Amaranthus viridis; ~ selasih sj tumbuhan (herba), Amaranthus gangeticus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yam] | بايم

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg boleh dibuat sayur. ~ merah bayam yg batang dan urat daunnya berwarna merah, Amaranthus gangeticus. ~ putih bayam yg batang dan urat daunnya berwarna putih, Amaranthus viridis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayam

Puisi
 

Habis bayam disusur babi,
     Banyak mati terkena damak;
Ayam jangan bebaskan diri,
     Biawak tunggu di tepi semak.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Pergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Daun bayam alaskan senduduk, Nasi terjerang ceduk ke pinggan; Sepantun ayam tidak berinduk, Tampi orang baharu makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pucuk bayam pucuk meranti, Pucuk mengkira di dalam dulang; Kokok ayam abang tak henti, Murai membaca turunlah pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Waktu datuk membeli bayam, Di pasar ramai orang keluar; Barukan duduk memberi salam, Seluar terburai orang pun bubar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putus bersambung engkau bayam, Pandan tidak berduri lagi; Putus bersambung engkau malam, Badan bercerai tidak lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan berpucuk sayur bayam, Boleh dimakan dengan keladi; Jangan berkokok engkau ayam, Boleh diupah segantang padi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
123

Kembali ke atas