Bedak ini bedak dilingan, Bedak hanyut dari hulu; Surat ini surat kiriman, Belum dibaca menangis dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau berjaja bedak putih, Jangan pula dicampur garam; Walaupun kerja tidak memilih, Jangan pula bercampur haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tabur padi tepi perigi, Dibuat bedak menghalus pipi; Tidur lena samoai ke pagi, Rindu berkasih dalam mimpi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Mas Ayu Citra Wanita, Avon Mestika bedak puteri; Seru kepada rakyat jelata, Pasti ada jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Elok cermin kerana jernih, Di sana bedak ia bubuhkan; Elok pemimpin kerana bersih, Laba dan tamak ia jauhkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |