Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedak bedak

Puisi
 

Apa merah dalam padi,
     Buah ciku dengan bedak;
Apa dimarah pada kami,
     Sekali marah sekali tidak.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Bedak ini bedak dilingan, Bedak hanyut dari hulu; Surat ini surat kiriman, Belum dibaca menangis dahulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau berjaja bedak putih, Jangan pula dicampur garam; Walaupun kerja tidak memilih, Jangan pula bercampur haram.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tabur padi tepi perigi, Dibuat bedak menghalus pipi; Tidur lena samoai ke pagi, Rindu berkasih dalam mimpi.Pantun Melayu SarawakKasih
Mas Ayu Citra Wanita, Avon Mestika bedak puteri; Seru kepada rakyat jelata, Pasti ada jati diri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Elok cermin kerana jernih, Di sana bedak ia bubuhkan; Elok pemimpin kerana bersih, Laba dan tamak ia jauhkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas