Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.du/] | بدوق

Definisi : sj gendang besar di surau, masjid, dll, tabuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.du/] | بدوق

Definisi : sj gendang besar (di surau atau di masjid); tabuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beduk

Puisi
 

Penggal puan penggal selasih,
     Tinggallah beduk berkait-kait;
Tinggallah tuan tinggal kekasih,
     Tinggallah duduk baik-baik.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beduk subuh sudah berbunyi, Tanda waktu sudahlah masuk; Duduk berpeluh hamba menanti, Dinda tak malm menyuruh duduk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beduk berbunyi petang Jumaat, Menyeru orang pergi sembahyang; Duduk menanti abanglah penat, Mahu berjalan hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun beduk sudah berbunyi, Kerana bimbang berjalan juga; Walaupun teruk dibelasah bini, Kerana sayang ditahankan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Petang Jumaat memukul beduk, Sesudah itu orang pun qamat; Peganglah amanat elok-elok, Supaya badan jadi selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Penggal puan penggal selasih, Tinggallah beduk berkait-kait; Tinggallah tuan tinggal kekasih, Tinggallah duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas