Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Beduk subuh sudah berbunyi, Tanda waktu sudahlah masuk; Duduk berpeluh hamba menanti, Dinda tak malm menyuruh duduk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Beduk berbunyi petang Jumaat, Menyeru orang pergi sembahyang; Duduk menanti abanglah penat, Mahu berjalan hatiku bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun beduk sudah berbunyi, Kerana bimbang berjalan juga; Walaupun teruk dibelasah bini, Kerana sayang ditahankan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Petang Jumaat memukul beduk, Sesudah itu orang pun qamat; Peganglah amanat elok-elok, Supaya badan jadi selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Penggal puan penggal selasih, Tinggallah beduk berkait-kait; Tinggallah tuan tinggal kekasih, Tinggallah duduk baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |