Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bawa bekal bertan-tan, Dibawa juga seguni garam; 1,700 berkejar ke hutan, Merentasi gunung, bukit curam. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Buat bekal mudik ke hulu, Singgah sebentar di Tanjung Puteri; Belum buat fikir dahulu, Tidak menyesal di belakang hari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Makan cempedak bekal cempedak, Pergi ke laut mengail udang; Bertokok tidak meluakkan tidak, Saya melukut di tepi gantang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Andainya sagu terus diparut, Banyaklah bekal ke mana pergi; Andainya ilmu terus dituntut, Banyaklah bekal hidup dan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup membawa bekal, Ke mana berjalan tiada gelisah; Kalaulah hidup sempurna akal, Di mana berkawan hatinya rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup membawa bekal, Berjalan jauh tidakkan rugi; Kalaulah hidup sempurna akal, Dengan musuh pun tidak cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |