Bawa bekalan bukan sedikit, Hendak bertandang ke rumah Pak Dahlan; Hutan tebal tanah berbukit, Hujan ribut menutup jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kalau tuan naik perahu, Jangan lupa bawa bekalan; Kapten Samsudin memberi tahu, Cuaca buruk Ba' Kalalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Burung nuri terbang tinggi, Angin bertiup sebelah barat; Mari kita pergi mengaji, Bekalan hidup dunia akhirat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |