Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Aluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tetak apong tetak sedahan, Anak Cina menyemai padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal jambatan bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Putih jerami tanah lintar, Lintar menanah tiga puluh; Tiga hari mayat terlantar, Menanti kain bekas tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini mengerik gemai, Mari letak atas batas; Malam ini kita beramai, Malam esok tinggal bekas. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |