Kalau sudah bekerja ladang, Jangan lupa menyimpan tugal; Kalau sudah dituakan orang, Jangan pula melupakan asal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau sudah bekerja ladang, Ingat-ingat menanam jagung; Kalau sudah dituakan orang, Hemat-hemat dalam berhitung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila anggota berasa letih, Usah dipaksa bekerja berat; Bila harta sudah berlebih, Usahlah bangga lupa akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tengah hari bawa berehat, Sudah makan bekerja lagi; Rendah hati tanda beribadat, Bertuah badan ke mana pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang berbendang kita berbendang, Tapi tak boleh bekerja awal; Kerbau sekandang boleh dikandang, Manusia seorang tiada terkawal. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |