Waktu menteri berdagang belacan, Banyaklah datuk membeli lada; Malulah hati berpegangan tangan, Awaklah bongkok beristeri muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah derut rasanya masam, Untuk dibuat sambal belacan; Hati hanyut siang dan malam, Ingatkan adik lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah bacang masak setangkai. Elok dibuat sambal belacan; Sudah kujelang teluk dan pantai, Adik tak juga mengirim pesan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi menyambal belacan; Apabila sudah membantu orang, Usah dikeji disesal-sesalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pais udang pais ikan, Buat pekasam ikan sembilang, Menangis kera diberi belacan, Ada keju masih di kilang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Walaupun hari baru kan hujan, Kerana petang bergulut juga; Walaupun laki sebau belacan, Kerana penyayang diikut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ikan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |