| Belajar jawi belajar rumi, Sakit terguris terkena duri; Ombak Tsunami gemba bumi, Langit menangis tidak terperi. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Belajar kira-kira, Baca surat Al-A'laa; Hidup kami gembira, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Adik belajar menari, Tarian kaum bumi; Cerdik pandai dicari, Jadi guru kami. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Hari-hari belajar membilang, Dapat beguru menambah ilmu; Mahu jadi orang terbilang, Tuntut ilmu janganlah jemu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Cumi dan Ciku pergi belajar, Terus bermain jungkang jungkit; Suami curang ditunjuk ajar; Biar tahu tingginya langit. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |