Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang I

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di tempat tiada 'lang,
     kata belalang: akulah 'lang!

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

PantunSumberTema
Esa helang dua belalang, Takkan kayu menjadi jerami; Esa hilang dua terbilang, Takkan Melayu hilang di bumi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Esa helang dua belalang, Pasang taji ditari bulang; Esa hilang dua terbilang, Pantang berlaki berbalik pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Habislah benih dimakan belalang, Ladang pun semak tiada berpadi; Habislah kasih dipermainkan orang, Sayangnya tidak berguna lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali betik berbuah, Beribu belalang tiba; Sekali adik bersumpah, Di situ kubuang nyawa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mendengar beruk jatuh berdebab, Banyak belalang pergi berbaris; Mendengar beruk bermain rebab, Banyaklah orang duduk menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lain selat lain sungainya, Lain padang lain belalang; Lain adat lain perangai, Lain orang lain pengenang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lain lubuk lain ikannya, Lain padang lain belalang; Lain kuujuk lain yang kena, Hati bimbang bukan kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan tepi dikelim, Mari kelim sisi belalang; Sirih pinang boleh dikirim, Nak kirim bukannya barang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas