Itik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kayu mati patah tergalang, Anak helang tersangkut betisnya; Harimau mati tinggalkan belang, Dari belang datang bengisnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dua tiga berlari, kucing berlari, Mana nak sama belang, si kucing belang; Dua tiga kucari, dapat kucari, Mana nak sama seorang, tuan seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Melenguh jawi belang untung, Tiap ke sawah orang bajakkan; Menangis nan buruk untung, Tiap menjelang ke mana orang tidakkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Daun keduduk berbelang-belang, Daunnya banyak tidak menjadi; Abang terduduk dirundung malang, Mendengar khabar nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sapu tangan berbelang-belang, Dibawa orang dalam kenduri; Maluku bukan alang kepalang, Kerana abang mungkirkan janji. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau membeli kuda belang, Beli sekali kuda semberani; Anak dagang hendak pulang, Makin pilu di hati kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Akar pilih kuda belang, Akar lama melilit pongsu; Kalau tak boleh seperti dok cadang, Nak bawa cerana mengadap guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak ditoleh si kuda belang, Akar lana melilit pongsu; Tidak boleh muda dok cadang, Angkat cerana mengadap guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalang | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |