Sejak belanga berisi kari, Banyaklah lalat mencuri lauk; Sejak buaya jadi menteri, Banyaklah umat menjadi beruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak belanga menjadi mangkuk, Banyaklah habis piring di rumah; Sejak buaya menjadi datuk, Banyak gadis bunting tak nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Teluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak periuk jadi belanga, Banyaklah nasi berkuah sambal; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah menteri berubah akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Jerang periuk jerang belanga, Sama berjerang keduanya; Sudah terjenguk jandaku lama, Sama tercengang keduanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gunting baju Teluk Belanga, Ada lebih buat sorja; Tak ada malu orang bertanya, Di situ tuan melihat rupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |