Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lan.ta.ra] | بلنتارا

Definisi : 1. sangat luas (bkn hutan, laut, padang dsb): lebih kurang lima, enam, tujuh hari, mereka akan belayar dlm laut ~; hutan ~ = rimba ~ rimba raya, hutan yg luas dan tebal; padang ~ ark a) padang pasir; b) padang dan hutan; 2. hutan yg luas: segala kenderaan telah dapat melalui bukit dan ~ dgn kemajuan yg dicapai; 3. ki keadaan (jahil, ragu-ragu dsb) yg keterlaluan: pendapatnya memanglah berhasil menebas ~ keraguan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ta.ra] | بلنتارا

Definisi : sangat luas (ttg hutan, padang dll): hutan ~; padang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belantara


Pantun

PantunSumberTema
Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Naik turun mencari rotan, Masuk hutan rimba belantara; Adik sepantun dewi kayangan, Cantik rupawan tiada bertara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung tebit burung jelatuk, Singgah hinggap di Tanjung Petani; Minta tabik segala datuk, Datuk bumi belantara sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas