Sarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Riang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak perawan manis dan cantik, Kena pula merah bibirnya; Matilah kuman kena belantik, Sekalian alam limpah darahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |