Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lat] | بلت

Definisi : 1. bidai, kerai; 2. sj bidai utk menangkap ikan; jenis-jenisnya: ~ Betawi, ~ kelong, ~ duduk = ~ kering = ~ Kedah = ~ kumbang, ~ langgai, ~ lengkung = ~ pantai = ~ teluk, ~ parit = ~ sungai, ~ puk; 3. Mn bilah-bilah buluh (papan) utk membalut tulang yg patah; ~ hanyut cakap kosong;membelat membalut dgn belat: tangannya yg patah itu dibelat oleh bomoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lat] | بلت

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat), jarum hutan, meroyan, segading jantan, Ixora grandifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lat] | بلت

Definisi : ; ~-belit putar belit; ® belit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lat] | بلت

Definisi : sj bidai yg dibuat drpd rotan atau buluh dan dipasang di sungai atau di laut utk menangkap ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belat


Pantun

PantunSumberTema
Untuk apa memasang belat, Belat dipasang mencari ikan; Untuk apa membilang adat, Adat dibilang jadi ikutan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belat sebuah tampun-bertampun, Lukah dilabuh di batang jati; Adat yang sudah turun-temurun, Patah tumbuh hilang berganti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang belat pasang bubu, Dapat seekor ikan, ikan bertutu; Sama sepelekat sama sekelembu, Mengapa mata lekat ke pintu.Pantun Melayu SarawakKasih
Elok belat dapatlah ikan, Ikan pari ikan sembilang; Elok adat selamatlah badan, Saban hari berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Rasanya enak dibuat gulai; Elok adat selamatlah badan, Saudara banyak sahabat ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Ikan belanak rasanya sedap; Elok adat selamatlah badan, Makan enak tidur pun lelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Dibawa pulang perisa disalai; Elok adat selamatlah badan, Ke mana memandang terasa damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Dapat dijual penambah belanja; Elok adat selamatlah badan, Taat beramai tabah bekerja.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas